selamat datang

Sunday 9 December 2012

AKTIVITI RANGSANGAN SARAF DAN CARA KERJA BAGI MURID KEPERLUAN KHAS.







Sunday 28 October 2012


Tema : Haiwan di Darat.

Kad bergambar yang digunakan untuk mengetahui haiwan di Darat.



Aktiviti yang dilaksanakan dengan menggunakan kad bergambar ini ialah :-

# Murid menyanyi sambil memegang kad bergambar tersebut dan tampil kehadapan apabila haiwan tersebut
   dinyanyikan.

Aktiviti ini lebih menarik kerana murid menyanyi sambil melakukan pergerakan.

Aktiviti ini juga lebih berkesan untuk murid cepat mengingat dan mengenali haiwan yang dipelajari


Monday 22 October 2012


ABC SONGS



Lagu ABC adalah lagu pilihan untuk mengajar kanak-kanak Prasekolah Pendidikan Khas mengenal huruf dengan lebih berkesan.

Lagu-lagu yang dimainkan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara pembelajaran yang menarik minat kanak-kanak. Ini adalah salah satu daripada Tujang iaitu Tunjang Estetika untuk kanak-kanak Prasekolah Pendidikan Khas.

Pembelajaran melalui tayangan video ini akan lebih menarik minat kanak-kanak prasekolah pendidikan Khas dan didapati dengan kaedah ini kanak-kanak akan mudah dan cepat menguasai sesuatu pembelajaran. Ini kerana tayangan video ini mengandungi muzik, huruf-huruf yang berwarna-warni, objek yang bergerak dan bertukar ganti dan sangat menarik untuk ditayangkan.

Wednesday 3 October 2012




PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
 ( Kreativiti & Perkembangan Fizikal)





Bidang Kreativiti dan Estetika dibahagikan kepada dua komponen iaitu kreativiti dan perkembangan fizikal.











Komponen Kreativiti berfokus kepada asprek perkembangan daya kreativiti dan pembentukan keyakinan diri bagi mel;ahirkan murid-murid yang berkemahiran dan berketerampilan. Bidang ini merangkumi kemahiran Muzik dan pendidikan seni.

Komponen fizikal memberi fokus kepada perkembangan motor kasar dan motor halus serta latihan koordinasi mata tangan.
Penguasaan motor kasar, motor halus dan koordinasi mata tangan amat penting untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam tunjang yang lain, di samping membantu mereka menjalankan kehidupan sehari dengan lebih baik. Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid menguasai kemahiran motor kasar, motor halus dan koordinasi mata tangan.


Objektif bidang ini membolehkan murid:-

*  Memperkembangkan bakat dan potensi dalam bidang seni dan muzik.
*  Menghasilkan karya seni mengikut kebolehan.
*  Melakukan kemahiran motor halus dan asas kemahiran motor kasar dengan cara yang betul.



Wednesday 26 September 2012

Aktiviti kreativiti & estetika


Aktiviti kreativiti & estetika adalah salah satu komponen tunjang dalam kurikulum standart Prasekolah Pendidikan Khas. Pada hari ini, murid prasekolah pendidikan khas didedahkan dengan aktiviti capan dengan menggunakan plakar.

Langkah pertama : sediakan plakar pelbagai warna dan berus.

Langkah kedua : Sapukan plakar diseluruh permukaan tapak tangan murid.

Langkah ketiga : Lakukan capan ditempat yang dikehendaki. Ulangi capan dengan pelbagai warna.

Akhir :Tunggu  kering dan lihatlah hasilnya...

SELAMAT MENCUBA......pasti murid berasa seronok dan boleh dijadikan tanda kenangan hasil kerja murid...