selamat datang

Wednesday 3 October 2012




PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
 ( Kreativiti & Perkembangan Fizikal)





Bidang Kreativiti dan Estetika dibahagikan kepada dua komponen iaitu kreativiti dan perkembangan fizikal.











Komponen Kreativiti berfokus kepada asprek perkembangan daya kreativiti dan pembentukan keyakinan diri bagi mel;ahirkan murid-murid yang berkemahiran dan berketerampilan. Bidang ini merangkumi kemahiran Muzik dan pendidikan seni.

Komponen fizikal memberi fokus kepada perkembangan motor kasar dan motor halus serta latihan koordinasi mata tangan.
Penguasaan motor kasar, motor halus dan koordinasi mata tangan amat penting untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam tunjang yang lain, di samping membantu mereka menjalankan kehidupan sehari dengan lebih baik. Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid menguasai kemahiran motor kasar, motor halus dan koordinasi mata tangan.


Objektif bidang ini membolehkan murid:-

*  Memperkembangkan bakat dan potensi dalam bidang seni dan muzik.
*  Menghasilkan karya seni mengikut kebolehan.
*  Melakukan kemahiran motor halus dan asas kemahiran motor kasar dengan cara yang betul.



3 comments:

  1. tahniah cikgu rozi .. lukisan yang cantik dan menarik ,

    ReplyDelete
  2. Paparan blog yang menarik.Rasa nak jadi kanak-kanak semula bila lihat gambar-gambar ni. Tambahkan lagi perkongsian ide ye Rozi.

    ReplyDelete